Posts

ZIARAH JIRAN TETANGGA

Image
Ziarah jiran tetangga yg mengalami kecederaan di tempat kerja.. Patah 3 jari kaki & luka di bahagian tapak kaki.. Ditemani Pengerusi Surau Ust Hashim & Mohd Hafiz.. Semoga cpt sembuh.. Tarikh : 3 Disember 2019 Jam : 6.00 pm #pptpu #pptpu2018 #krttpu #krttpu2018

GERAN PERSATUAN 2017

Image
GERAN PERSATUAN 2017 Persatuan Penduduk telah memohon Geran Persatuan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Pulau Pinang (ROS) pada 30 Oktober 2017. Pembelian barangan tersebut telah dilakukan kontraktor yang dilantik oleh ROS. Pembelian barangan yang dibenarkan adalah berbentuk keselamatan sahaja. Kelulusan juga telah diperolehi pada 12 Disember2017. Berikut adalah barangan yang telah disenaraikan dan dibeli oleh Persatuan Penduduk; 1. Lampu Suluh            -   8 unit 2. Best                          -   10 helai 3. Batton Traffic            -    8 unit  4. Walkie Talkie             -   8 set 5. First Aid Box             -   4 unit 6. Kon Keselamatan     -   14 unit 7. Water Jet                  -   1 unit 8. Alarm System           -   2 unit

GOTONG ROYONG PERTAMA

Image
GOTONG ROYONG PERTAMA Setelah selesai Proses Menandatangani Perjanjian Pengurusan Dewan Orang Ramai, kini Dewan tersebut telah sah dimiliki oleh Persatuan Penduduk dan akan menguruskan Dewan Orang Ramai sebaik mungkin. Persatuan Penduduk juga telah mengadakan gotong royong pertama untuk membersihkan Dewan tersebut dengan kerjasama antara penduduk dan juga kakitangan MPSP pada 25 Disember 2017.

MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGURUSAN DEWAN ORANG RAMAI

Image
MENANDATANGANI PERJANJIAN PENGURUSAN DEWAN ORANG RAMAI Proses menandatangani Perjanjian Pengurusan Dewan Orang Ramai antara Persatuan Penduduk dan Pegawai dari MPSP telah selamat diadakan pada 9 Nov 2018. Ianya telah diadakan di Pejabat Jabatan Kemasyarakatan MPSP Bandar Perda. Persatuan Penduduk telah diwakili oleh Pengerusi En. Mohamad Azman Bin Md Yusof dan Setiausaha En. Shahril Azli Bin Ishak.

MENGECAT SEMULA GARISAN PADA PERMUKAAN JALANRAYA

Image
MENGECAT SEMULA GARISAN PADA PERMUKAAN JALANRAYA Kerja-kerja mengecat semula garisan putih di permukaan jalanraya dan garisan di bonggol  jalan adalah bertujuan untuk menghasilkan jalanraya yang selesa dan selamat. Ini kerana bahan yang digunakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pantulan cahaya dari permukaan garisan jalan, baik dalam keadaan kering atau basah dan juga pada waktu malam. Kerja-kerja mengecat semula garisan tersebut telah selesai dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh MPSP pada  27 April 2018.

PEMASANGAN CERMIN CEMBUNG

Image
PEMASANGAN CERMIN CEMBUNG SELEKOH Persatuan Penduduk telah menyediakan kertas kerja untuk mencadangkan agar pihak MPSP dapat memasang dua buah Cermin Cembung di selekoh yang terletak di Lorong Pancur Utama 10 dan 12. Objektifnya adalah untuk membantu pemanduan yang lebih selamat di kalangan pengguna jalan raya yang melalui selekoh tersebut. Ianya bertujuan untuk mengelak kecelakaan dan berlakunya kemalangan. Memandangkan terdapat dua selekoh tajam, kenderaan yang melalui selekoh tersebut tidak dapat melihat kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Pemasangan cermin cembung tersebut amat diperlukan untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Dengan pemasangan cermin cembung tersebut diharapkan pengguna kenderaan akan lebih berhati-hati ketika melalui selekoh tajam tersebut. Pemasangan Cermin Cembung tersebut telah selesai dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh MPSP pada 23 Mei 2018   Cermin Cembung Selekoh Yang Telah Dipasang .

AHLI JAWATANKUASA 2018 / 2019

Image
  SENARAI NAMA AJK SESI 2018 / 2019 1. En. Mohamad Azman Bin Md Yusof                                                    Pengerusi 2. En. M egat Rusdi Bin Megat Soaid                                                      Timbalan Pengerusi 3. En. Shahril Azli Bin Ishak                                                                    Setiausaha 4. En. Che Mohd Zanizan Bin Che Cob                                                  Timbalan Setiausaha 5. Pn. Noorhalidawaty Binti Ibrahim                                                        Bendahari 6. En. Rasemi Bin Hamid                                                                        Ahli Jawatankuasa 7. En. Abu Khori Bin Ishak                                                                      Ahli Jawatankuasa 8. En. Muhammad Afiq Ziekry                                                                 Ahli Jawatankuasa 9. Pn. Nadia Binti Kamarulzaman