Posts

Showing posts from May, 2018

PROGRAM SUKANEKA 2018

Image
PENGENALAN Program Sukaneka 2018 telah diadakan pada 7 April 2018 dan telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama. Seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa telah terlibat dan menjayakan aktiviti tersebut. Peserta yang terlibat dalam aktiviti ini terdiri daripada Ahli Persatuan Penduduk, seramai 49 keluarga ahli dan dianggarkan seramai 172 orang peserta yang hadir pada hari Sukaneka 2018. Bermula seawal jam 7.00 pagi, semua peserta telah berkumpul di padang untuk sesi pendaftaran, dan acara Senamrobik adalah acara pembukaan dan kemudiannya bacaan doa oleh Ustaz Wan Ahmad Labib Bin Wan Aziz. Perasmian aktiviti Sukaneka 2008 telah disempurnakan oleh En. Mohamad Azman Bin Md Yusof selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama. Sukaneka diteruskan dengan pelbagai acara termasuk kategori untuk kanak-kanak, individu, dewasa dan berpasangan.   OBJEKTIF 1.     Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli persatuan  dan AJK Persatuan Penduduk.   2.