PROGRAM SUKANEKA 2018


PENGENALAN

Program Sukaneka 2018 telah diadakan pada 7 April 2018 dan telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama. Seramai 10 orang Ahli Jawatankuasa telah terlibat dan menjayakan aktiviti tersebut. Peserta yang terlibat dalam aktiviti ini terdiri daripada Ahli Persatuan Penduduk, seramai 49 keluarga ahli dan dianggarkan seramai 172 orang peserta yang hadir pada hari Sukaneka 2018. Bermula seawal jam 7.00 pagi, semua peserta telah berkumpul di padang untuk sesi pendaftaran, dan acara Senamrobik adalah acara pembukaan dan kemudiannya bacaan doa oleh Ustaz Wan Ahmad Labib Bin Wan Aziz. Perasmian aktiviti Sukaneka 2008 telah disempurnakan oleh En. Mohamad Azman Bin Md Yusof selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pancur Utama. Sukaneka diteruskan dengan pelbagai acara termasuk kategori untuk kanak-kanak, individu, dewasa dan berpasangan.

 OBJEKTIF

1.    Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli persatuan  dan AJK Persatuan Penduduk. 
2.      Menarik minat ahli persatuan untuk menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Penduduk. 
3.      Salah satu program dan aktiviti untuk bersua muka dan berkenalan dengan ahli baru dan ahli lama. 
4.      Salah satu aktiviti untuk menyihatkan tubuh badan. 
5.      Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti kerjasama, bertanggungjawab dan kesepakatan. 
6.      Memberi pengalaman kepada kanak-kanak dalam aktiviti Sukaneka.



KUMPULAN SASARAN

Persatuan Penduduk mengharapkan lebih ramai penyertaan pada tahun ini. Alhamdulillah ianya telah mendapat sambutan dari semua peserta dan ahli persatuan.
1. Kanak – kanak          -      86 orang
2. Dewasa                      -      86 orang
3. Jumlah Penyertaan  -     172 orang 

JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM
           
Untuk melancarkan sesuatu program dan aktiviti, Jawatankuasa kecil haruslah ditubuhkan bagi memudahkan pembahagian tugas dilakukan.


Pengurus Program
En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
Pen. Pengurus Program
En. Megat Rusdi Bin Megat Soiad
Setiausaha
En. Shahril Azli Bin Ishak
Bendahari
Pn. Noorhalidawati Binti Ibrahim
Urusetia Pendaftaran
1. Pn. Nor Azlinda Binti Ali
2. Pn. Noorhalidawati Binti Ibrahim
Juruacara
En. Che Mohamad zanizan Bin Che Cob
Penyelia Program
En. Rasemi Bin Hamid
Pengadil
1. En. Rasemi Bin Hamid
2. En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
Pencatat Pemenang
En. Shahril Azli Bin Ishak
Tangging Pemenang
Pn. Nor Azlinda Binti Ali
Persiapan Peralatan Dan Tempat Acara
Semua AJK bergotong royong
Penyampai Hadiah
        1.  En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
2. En. Megat Rusdi Bin Megat Soiad
Penyelia Hadiah
1. Pn. Nor Azlinda Binti Ali
2. Pn. Nadia Binti Kamarulzaman
Pembelian Barangan
Semua AJK bergotong royong
Penyediaan PA Sistem
En. Shahril Azli Bin Ishak
Penyediaan Peralatan
1. En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
2. En. Shahril Azli Bin Ishak
Penyelia Minuman
Pn. Maziah Binti Mahatar
Pembantu Perubatan 
Pn. Nadia Binti Kamarulzaman
Keselamatan
En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
Pencarian Sumbangan
             1. En. Mohamad Azman Bin Md Yusof
             2. En. Rasemi Bin Hamid
3. En. Shahril Azli Bin Ishak


ACARA SUKANEKA

Acara yang dipertandingkan adalah seperti di dalam jadual dibawah. Ianya terbuka kepada setiap lapisan umur dah telah dibahagikan kepada beberapa kategori antaranya kanak-kanak, dewasa dan berpasangan. Turut disenaraikan adalah syarat-syarat setiap acara yang dipertandingkan.

Bil
Acara Sukaneka
Kategori
Catatan
1
Isi Air Dalam Botol
Kanak-kanak Terbuka (3 - 6 tahun)
Masa diberi 2 minit
Berpasangan
2
Tempurung Kelapa
Lelaki Dewasa

Wanita Dewasa

3
Peraduan Mewarna
Kanak-kanak (5 & 6 tahun)
Masa diberi 1 jam
4
Tuju Tin
Kanak-kanak Lelaki (7 - 12 tahun)
Saringan
Susun tin 3+2+1
Kanak-kanak Perempuan
(7 - 12 tahun)
5
Bowling Padang
Lelaki Dewasa

Wanita Dewasa

6
Tarik Upih
Berpasangan Dewasa

7
Pancing Botol
Kanak-kanak Lelaki (7 - 12 tahun)
Paku dalam botol
Tarik pancing dan berlari ke garisan penamat
Kanak-kanak Perempuan
(7 - 12 tahun)
8
Kapal Terbang Kertas
Kanak-kanak Lelaki (7 - 12 tahun)
Buat garisan segitiga guna tali.
Pastikan kapal terbang jatuh dalam kawasan segitiga
Kanak-kanak Perempuan
(7 - 12 tahun)
9
Kupas Buah Epal
Individu / Perseorangan Dewasa
Masa diberi 3 minit
Lilitan terpanjang dikira pemenang
10
Cari Gula
Kanak-kanak (6 tahun Ke Bawah)
Terbuka
11
Tarik Tali
Lelaki Dewasa
AJK PPTPU Vs AJK Surau


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya program Sukaneka 2018 ini telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa dan penduduk kerana sudi hadir untuk menyertai acara yang dipertandingkan. Insyallah untuk program Sukaneka tahun hadapan, Persatuan Penduduk akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dan akan membuat program yang yang lebih meriah. Tanpa AJK dan Ahli, setiap program yang dirancang tidak akan berjaya.
















Comments

Popular posts from this blog

PEMASANGAN CERMIN CEMBUNG

MENGECAT SEMULA GARISAN PADA PERMUKAAN JALANRAYA